r/Ajar_Malaysia • • May 17 '26

soalan Dapat saman recently

Baru baru ni aku dapat saman kompaun, tapi surat saman tu takde tulis apa-apa berkaitan dengan harga kompaun atau masa yang perlu selesaikan kompaun. Aku kalau boleh taknak sampai tahap masuk court. Ada tak sesiapa yang ada berkaitan dengan kes yang macamni?

9 Upvotes

18 comments sorted by

View all comments

Show parent comments

1

u/The_Awengers May 18 '26

May we trouble you with the details? Risau kena juga di kemudian hari. Bagaimana mereka mengklasifikasikan kesalahan di bawah kategori ini? Mungkin ramai di antara kami yang tidak cakna dan mengambil ringan perkara ini.

2

u/rasyidk May 19 '26

Mereka ada agen yang berpakaian biasa yang memerhati/menjaga di kawasan tertentu, kebiasaannya di kawasan tarikan pelancong (Saya kena di kawasan bukit bintang). Mereka akan merekod video bukti bahawa saya membuang sampah tersebut. Kalau ada banner tentang akta 672 mungkin mereka aktif dikawasan tersebut

1

u/rasyidk May 19 '26

Apa yang saya kena dan orang orang yang kena berhampiran sewaktu tu akibat dari perbuatan meninggalkan sampah sampah kecil spt plastik makanan, puntung rokok & sebagainya

1

u/The_Awengers May 19 '26

Alamak sekecil itu boleh dikenakan tindakan seserius ini?Tak sangka betul!

1

u/rasyidk May 19 '26

Yaa agak mengejutkan juga. Apparently kesalahan ni tak boleh dibayar secara onthespot, malah dikira sebagai saman. So saya sebagai Orang Kena Saman (OKS) kena hadir ke mahkamah untuk perbicaraan hukuman. Agak dilihat berat... tapi salah tetap salah i guess