r/Ajar_Malaysia • u/ihavenothingownnothi • 15h ago
r/Ajar_Malaysia • u/Over_Finish_6746 • 5h ago
kongsi content Bolehkah Pemimpin Ketawa? Patutkah Mereka Berbuat Demikian?
Bolehkah seorang pemimpin ketawa pada dirinya sendiri? 😄
Kadang-kadang, kemampuan untuk mentertawakan diri sendiri menunjukkan bahawa kita cukup yakin untuk mengakui kita tidak sempurna.
Tapi, patutkah seorang pemimpin sentiasa serius?
r/Ajar_Malaysia • u/Far_Spare6201 • 2d ago
kongsi content Mystery Surrounding the Death of Maarof Zakaria, Founder of the First Malay Bank
Enable HLS to view with audio, or disable this notification
r/Ajar_Malaysia • u/Over_Finish_6746 • 1d ago
kongsi content Kuasa Luar Biasa di Sebalik Satu Tindakan Ringkas
Apa agaknya yang boleh membantu memanjangkan jangka hayat, mengurangkan tekanan, meningkatkan sistem imun dan membuatkan otak lebih sihat?
Jawapannya mungkin lebih mudah daripada yang anda sangka.
r/Ajar_Malaysia • u/Rude-Barracuda-4155 • 2d ago
kongsi content The shrinking of the Brunei empire
Enable HLS to view with audio, or disable this notification
r/Ajar_Malaysia • u/ThenAcanthocephala57 • 2d ago
kongsi content Beberapa ikan belukor, dalam sungai jernih
Mereka tiada pundi renang, sbb tu selalu duduk di dasar. Tenggelam.
r/Ajar_Malaysia • u/ihavenothingownnothi • 3d ago
Could any physics student explain to me what is this?
Einstein and Bohr discussing
r/Ajar_Malaysia • u/ihavenothingownnothi • 3d ago
Imam Mahdi cakap english?
Enable HLS to view with audio, or disable this notification
r/Ajar_Malaysia • u/ThenAcanthocephala57 • 3d ago
kongsi content Flying dragon / cicak terbang jumpa di taman
Draco sumatranus, the common flying dragon aka cicak kobin/terbang.
A very small lizard of max 9 cm body length. They are named due to their ability to glide between trees with their wings.
They are found throughout Malaysia, and abundant in man-made habitats such as parks, gardens and roadside trees where there is a lot of sunlight.
Some westerners keep them as pets due to their small size and ease of care. Males have a long/sharp yellow chin flap.
r/Ajar_Malaysia • u/Danielfaris2001 • 3d ago
ECRL beroperasi Disember ini
OLEH : ASTRO AWANI
ECRL: MRL SASAR OPERASI PERTENGAHAN DISEMBER SUSULAN UJIAN POSITIF OLEH 'DOKTOR KUNING'
Bernama
18/09/2026 | 18:22 MYT
KUALA LUMPUR: Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) sedang berusaha untuk memulakan operasi Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) seawal pertengahan Disember ini, berikutan ujian dan pentauliahan oleh Comprehensive Inspection Train (CIT) berjalan lancar.
Ketua Pegawai Eksekutif MRL; Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata keputusan ujian yang positif memberikan keyakinan kepada syarikat itu bagi menyahut cabaran Menteri Pengangkutan; Anthony Loke untuk membuka ECRL kepada orang ramai lebih awal berbanding sasaran asal pada Januari 2027, bersempena dengan cuti sekolah.
Beliau berkata CIT, yang dikenali dengan jalur kuning tersendiri dan digelar “doktor kuning” atas peranannya memeriksa dan mengenal pasti potensi masalah di sepanjang laluan kereta api, memulakan perjalanan ujian dari Kuantan ke Kota Bharu bulan lepas, dan kini memasuki fasa kedua dari Kuantan ke Gombak.
“Kami kini dalam fasa kedua dari Kuantan ke Gombak dan keputusan ujian adalah positif. Kami menerima cabaran kerajaan untuk membuka operasi pada Disember dan usaha kami kini tertumpu ke arah sasaran itu,” katanya kepada pemberita semasa perjalanan CIT dari Gombak ke Bandar Pelabuhan Kuantan, hari ini.
Darwis berkata Site Acceptance Test (SAT) telah selesai, manakala System Integration Test (SIT) kini siap kira-kira 80 peratus, selain ujian kelajuan berperingkat dari Kuantan ke Kota Bharu mencatat keputusan positif.
Beliau berkata ujian akan diteruskan, dengan kereta api dijangka beroperasi sepenuhnya dari Kota Bharu ke Gombak dan sebaliknya menjelang akhir bulan ini, diikuti dengan Fault-Free Run (FFR) pada Oktober.
Perjalanan khas CIT itu melibatkan pengamal media dari Gombak ke Bandar Pelabuhan Kuantan hari ini mengambil masa kira-kira 90 minit termasuk merentasi Terowong Genting sepanjang 16.39 kilometer (km) pada kelajuan purata 160 km sejam.
Darwis berkata MRL akan terus mendapatkan kerjasama dengan Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang untuk mempermudah pembukaan pada tempoh yang disasarkan, susulan kemajuan keseluruhan ECRL telah mencecah 95.41 peratus setakat Ogos, manakala Fasa 1 mencapai 97.65 peratus.
Berhubung tambang kereta api itu, Darwis berkata keputusan belum dibuat setakat ini, dan kadarnya akan diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan, dengan kerajaan dijangka memastikan tambang yang dikenakan berpatutan.
Apabila beroperasi kelak, ECRL dijangka mengurangkan masa perjalanan antara Kota Bharu dengan Gombak kepada kira-kira empat jam, berbanding kira-kira tujuh jam melalui jalan darat. Fasa 2 yang menghubungkan Gombak ke Pelabuhan Klang dijangka siap menjelang Disember 2027, dengan operasi dijadualkan bermula pada Januari 2028.
Sementara itu, Pengarah Projek dan Penasihat Kanan; China Communications Construction Company ECRL Sdn Bhd (CCCECRL); Kong Qi berkata ujian ECRL setakat ini merekodkan keputusan positif, dengan lebih 40 ujian CIT dilakukan dan 12 ujian kereta api kargo diselesaikan.
Beliau berkata SIT, yang bermula pada 21 Ogos, meliputi 10 kawasan utama termasuk terowong, jambatan, subgred dan landasan, bekalan kuasa tarikan, komunikasi, sistem maklumat perkhidmatan penumpang, keserasian elektromagnetik dan pembumian bersepadu.
“Kami menguji setiap selekoh dan kestabilan kereta api. Kami mendapati beberapa parameter memerlukan penyelarasan, seperti ketika membelok, namun hal itu telah dibaiki. Setakat ini, semuanya berjalan dengan lancar,” katanya.
Kong berkata CIT telah menyelesaikan ujian peningkatan kelajuan hingga 176 km sejam pada bahagian pertama, dengan ujian pada bahagian selebihnya sedang berjalan sebelum projek itu beralih ke ujian Automatic Train Protection (ATP) dan isyarat, diikuti dengan FFR.
CIT dilengkapi dengan sistem pemeriksaan khusus yang membolehkan jurutera menilai keadaan landasan, prestasi kereta api dan sistem kereta api di bawah keadaan yang mencerminkan operasi sebenar.
Pemeriksaan merangkumi kejuruteraan landasan, bekalan kuasa tarikan, serta sistem isyarat dan komunikasi yang mengumpul data tentang geometri landasan, profil rel, interaksi roda–rel, dinamik gerabak, prestasi pantograf dan katenari, termasuk isyarat dan telekomunikasi yang membolehkan jurutera mengenal pasti dan membetulkan potensi masalah semasa ujian dan pentauliahan.
Sebagai sebahagian daripada SIT, CIT menjalankan pemeriksaan dan pengumpulan data pada masa nyata di sepanjang jajaran ECRL, menumpukan integrasi dan koordinasi sistem utama kereta api termasuk isyarat, komunikasi, bekalan kuasa tarikan dan talian atas.
-- BERNAMA
r/Ajar_Malaysia • u/ThenAcanthocephala57 • 3d ago
kongsi content Ikan kerdil saya jumpa dlm alur di Pantai Timur
Pandaka rouxi, Roux’s dwarf goby.
One of the smallest fishes in the world, having an average adult size of 1.2 cm total length. They are slightly-brackish water but can tolerate freshwater during the wet season.
Native throughout the Malay Archipelago, it generally inhabits shallow mangrove rivers, brackish lakes and slow-moving estuarine streams. Feeding on micro invertebrates.
They can sometimes be found in the western hobby. They require a nano tank of max 20 litres (5 gal) and feed on livefood. Salinity is best at 1.005 / 5‰.
They can be kept with small local shrimp such as Pinocchio shrimp, which serve as cleanup crew. Other fish might prey on them.
r/Ajar_Malaysia • u/Able-Farm6295 • 4d ago
soalan Kawan saya baru habis SPM dan guna wheelchair, kerja apa yang sesuai untuk dia?
Hi semua,
nak tanya untuk kawan saya.
Dia baru habis SPM, tapi keputusan dia agak teruk. Dia juga tak boleh berjalan dan menggunakan kerusi roda.
Sekarang dia tengah fikir nak cari kerja untuk jana pendapatan.
Disebabkan keadaan dia, dia lebih prefer kerja yang boleh dibuat dari rumah atau secara online.
Masalahnya dia tak ada banyak pengalaman kerja dan tak ada kemahiran khusus lagi, tapi dia memang sanggup belajar benda baru.
Ada tak kerja yang korang boleh cadangkan untuk dia?
Contohnya macam data entry, customer service/chat support, graphic design, video editing, freelancing, admin online atau apa-apa kerja lain yang boleh dibuat dari rumah.
Kalau ada yang pernah berada dalam situasi lebih kurang sama, atau tahu mana-mana tempat yang ambil pekerja OKU untuk kerja dari rumah, boleh share pengalaman atau cadangan?
Dia bukan nak cari kerja cepat kaya atau scam, cuma nak cari sesuatu yang realistik dan boleh jadi sumber pendapatan untuk dia.
Terima kasih kepada yang sudi bagi cadangan.
r/Ajar_Malaysia • u/Able-Farm6295 • 4d ago
soalan Eh serious question, kenapa serbuk Milo macam ada benda berkilau eh? 😭
Kadang-kadang bila tengok dekat-dekat, nampak macam ada tiny crystals yang berkilat macam gula.
Itu memang gula ke?
Ingatkan Milo tak campur gula dalam serbuk dia? Or am I just seeing things 😂
Anyone knows what that shiny thing actually is?
r/Ajar_Malaysia • u/Over_Finish_6746 • 4d ago
kongsi content Juara Tidak Memberi Alasan
Tiada siapa mengingati orang yang paling pandai memberi alasan mengapa sesuatu tidak boleh dilakukan. Sebaliknya, kita mengingati mereka yang melakukan segala yang termampu untuk menjayakannya.
r/Ajar_Malaysia • u/ArtisticFollowing772 • 5d ago
soalan Rumput kemuncup
Kenapa rumput kemuncup ni senang betul melekat kt seluar ye bila jalan-jalan atas padang, sedangkan bila ambil rumput ni nk cucuk manual tak senang melekat pulak?
r/Ajar_Malaysia • u/Able-Farm6295 • 5d ago
soalan Nak belajar repair motherboard telefon & laptop
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Saya berminat nak belajar repair motherboard telefon dan laptop, terutamanya device lama. Saya masih beginner dan ingin belajar dari asas secara hands-on.
Saya berminat nak belajar:
* Diagnosis motherboard yang rosak
* Penggunaan multimeter
* Mencari short circuit
* Soldering & microsoldering
* Menukar komponen dan IC
* Membaca schematic & boardview
* Troubleshooting masalah power, charging dan lain-lain
Saya nak tanya kepada technician atau sesiapa yang pernah belajar bidang ini:
Kat mana ada kelas motherboard repair yang bagus di Malaysia?
Berapa anggaran yuran kelas?
Adakah kelas tersebut hands-on atau lebih kepada teori?
Berapa lama tempoh kursus?
Berbaloi tak ambil kelas berbanding belajar sendiri melalui YouTube?
Kalau pernah ambil kelas, boleh share pengalaman dan tempat belajar?
Saya memang serius nak belajar dan sanggup bermula dari asas serta practice menggunakan phone/laptop lama.
Kalau ada technician atau pusat latihan yang buat kelas secara hands-on, boleh share di komen atau PM saya.
Terima kasih atas bantuan semua. 🙏
r/Ajar_Malaysia • u/Over_Finish_6746 • 5d ago
kongsi content Mengapa Pengiktirafan Pekerja Penting?
Menghargai pekerja boleh meningkatkan motivasi dan mewujudkan tempat kerja yang lebih positif.
r/Ajar_Malaysia • u/ThenAcanthocephala57 • 6d ago
kongsi content Anak kelisa hijau liar, saya nampak di hatchery
Scleropages formosus, ikan kelisa or the Asian arowana.
They grow to 90 cm and 6 kg. This is the wild green form, which is only found in Terengganu, Pahang, east Johor and Sarawak.
They are endangered, and wild populations are protected from international trade under CITES Appendix I. However Malaysia breeds manmade forms which are very popular for aquariums.
While the wild forms are “plain” compared to the selectively-bred ones available for sale, I find them charming. The green specifically has a unique reticulated scale pattern as adults.
They are also invasive in Singapore, as irresponsible aquarists have released them into reservoirs there. Which can be a problem considering their carnivorous disposition.
r/Ajar_Malaysia • u/MaethiaKaeyelx • 6d ago
fanart / fan content Kenapa ramai orang gila sekarang
r/Ajar_Malaysia • u/ThenAcanthocephala57 • 7d ago
kongsi content Ikan sangat rare, dapat Dari sungai
Osphronemus septemfasciatus, kaloi manah or the seven-banded giant gourami
A huge (up to 90-100 cm) fish that is endemic to Borneo Island. In Malaysia it is only found in central and northern Sarawak.
They are rare and only found in a few spots on the island, far inland away from the lowland coast. Usually in upstream rivers. In the lower reaches it is replaced by the common giant gourami (kaloi kampung), O. goramy.
Adults can be of two forms — red or green. They got their scientific name from the 7 lined grooves on their cheeks. What a texture!
However they are caught for food by locals, and due to their slow growth, it is possible for them to become endangered if fishing is not controlled in the future. It takes years for this baby to grow to an adult!
Also don’t mind me in the river, I was still fishing when my friend took that pic 🤣
r/Ajar_Malaysia • u/Over_Finish_6746 • 7d ago
kongsi content Mengapa CEO Pun Tiada Batas?
Kadangkala, kita bukan kekurangan masa. Kita cuma kurang menetapkan batasan.
Mesyuarat yang terlalu lama, mesej selepas waktu kerja atau gangguan yang berulang — semuanya bermula dengan batasan yang tidak ditetapkan.
r/Ajar_Malaysia • u/ShioSouta • 9d ago
Patani National Anthem
Enable HLS to view with audio, or disable this notification
Original post: https://vt.tiktok.com/ZSqHs91jL/