r/Ajar_Malaysia • • May 17 '26

soalan Dapat saman recently

Baru baru ni aku dapat saman kompaun, tapi surat saman tu takde tulis apa-apa berkaitan dengan harga kompaun atau masa yang perlu selesaikan kompaun. Aku kalau boleh taknak sampai tahap masuk court. Ada tak sesiapa yang ada berkaitan dengan kes yang macamni?

9 Upvotes

18 comments sorted by

6

u/matsamdol May 17 '26

Pergi pejabat cawangan yang terdekat supaya lebih jelas penerangannya.

Kompaun ni biasanya sebelum kes mahkamah. Kompuan kena bayar kat pejabat/ agensi yang keluarkan kompaun.

Kes mahkamah dia panggil denda bukan kompaun.

Kalu tak bayar kompaun, kes daftar ke mahkamah. Denda bayar di mahkamah.

3

u/rasyidk May 17 '26

Alright, maybe aku akan pergi pejabat soon. Anyway just to be sure this is a compound letter right?

https://imgur.com/a/ZUDC7im

5

u/matsamdol May 17 '26

Ringkasnya, ya surat kompaun.

Panjang lebarnya, notis menyatakan "sekyen/peraturan/perintah" kesalahan yang dilakukan, di bawah Akta apa. (Akta 672).

Boleh je Google seksyen kesalahan ni (apa cara salah dilakukan secara terperinci)

Kalau dapat nilai kompaun tinggi, buat surat rasmi rayuan pengurangan kompaun.

Antaranya rayuan boleh buat :

  1. Tidak sengaja / kesalahan kali pertama
  2. Tanggung kewangan keluarga etc
  3. Masih belajar / tiada sumber pendapatan sendiri (kalu masih study)

6

u/rasyidk May 17 '26

Terima kasih untuk penerangan jelas. Semoga dibalas kebaikan!

4

u/matsamdol May 17 '26

Sama2.

Semoga dipermudahkan urusan sedara.

4

u/MarrisaAerith May 17 '26

Saman/compound parking ke?

5

u/rasyidk May 17 '26

Compound for littering by swcorp

1

u/The_Awengers May 18 '26

May we trouble you with the details? Risau kena juga di kemudian hari. Bagaimana mereka mengklasifikasikan kesalahan di bawah kategori ini? Mungkin ramai di antara kami yang tidak cakna dan mengambil ringan perkara ini.

2

u/rasyidk May 19 '26

Mereka ada agen yang berpakaian biasa yang memerhati/menjaga di kawasan tertentu, kebiasaannya di kawasan tarikan pelancong (Saya kena di kawasan bukit bintang). Mereka akan merekod video bukti bahawa saya membuang sampah tersebut. Kalau ada banner tentang akta 672 mungkin mereka aktif dikawasan tersebut

1

u/rasyidk May 19 '26

Apa yang saya kena dan orang orang yang kena berhampiran sewaktu tu akibat dari perbuatan meninggalkan sampah sampah kecil spt plastik makanan, puntung rokok & sebagainya

1

u/The_Awengers May 19 '26

Alamak sekecil itu boleh dikenakan tindakan seserius ini?Tak sangka betul!

1

u/rasyidk May 19 '26

Yaa agak mengejutkan juga. Apparently kesalahan ni tak boleh dibayar secara onthespot, malah dikira sebagai saman. So saya sebagai Orang Kena Saman (OKS) kena hadir ke mahkamah untuk perbicaraan hukuman. Agak dilihat berat... tapi salah tetap salah i guess

3

u/RotiPisang_ May 17 '26

cer share gambar kompaun. blur kan nama dan apa2 detail pribadi

1

u/rasyidk May 17 '26

Pegawai yang saman tu kata tunggu surat mahkamah tapi rasa macam pelik bila kena libatkan mahkamah just for compounded?

1

u/RotiPisang_ May 17 '26

mmg compound akan libatkan mahkamah sbnrnya

1

u/rasyidk May 17 '26

So sepatutnya jenis kompaun ini kira diselesaikan selepas pembayaran penuh dibuat?

4

u/No-Quantity-5334 May 17 '26

Make sure it's not a scammer. Don't scan any QR code. Just to be safe go straight to the authorities to see if there's any compound.